Sunday, December 2, 2012

Education Background Primary

I am just an ordinary kampung girl, sekolah rendah Di Sek Keb Bagan, di Batu Pahat Johor. Kecil je sekolah ni, satu darjah cuma ada satu kelas. Kawan2 pun jiran2 sekampung. Masa kecil saya tak pandai bergaul sangat. Kawan pertama saya masa darjah 1 namanya Azlinawaty Azmanshah. Sampai sekarang saya masih Keep in touch. Saya kagum dengan kejayaan dia seorang Lecturer English Linguistic di MRSM, Seremban. Dari dulu dia memang minat English. Well done my dear friend.
 Kawan2 lain Zuraini, Fauzana, Norazah, Suhaili, Zain, Md Noor, Mahathir saya contact juga melalui Facebook. Yang paling saya kagumi guru kelas dari Darjah 1 sampai darjah 6, Cikgu Baharom. Masih ingat kami lagi walau dah 24 tahun  kami meninggalkan sekolah rendah. Terima kasih tak terhingga atas jasa cikgu hingga saya menjadi diri saya pada hari ini. Walau saya tak sehebat mana, masih ramai lagi sahabat yang hebat2 belaka di luar sana. Kalau ada kawan2 yang masih simpan gambar kelas sila tag saya di fb ye. I miss you all.
Pendidikan dulu sangat simple seingat saya lah, not so challenging macam budak zaman sekarang. So masa sekolah kami happy je, takdelah Stress sangat macam budak2 zaman sekarang. Subjek yg paling saya dan kawan2 suka PJ dan Seni sebab Cikgu baharom ni sangat kreatif dalam mengajar anak murid, We really had fun.
Dalam kelas Syukur saya antara pelajar cemerlang, tapi ada lagi yang lebih cemerlang dari saya. Saya juga agak aktif dalam Sukan, paling terer lompat tinggi lah sebab jadi johan. Selain tu selalu juga wakil pasukan Merah lari 100m dan 200m. tapi selalu kalah pada Maslina dari kumpulan hijau. Memang laju dia lari, tak tau lah mak dia bagi makan apa agaknya. hi hi
Saya juga masuk pengakap dengan best friend saya Zuraini. Hi hi seronok kan bila dapat pergi perkhemahan, padahal buat kt kawasan sekolah je kot, excited terlebih2 pulak. Aktiviti lain yang masih segar dalam kenangan, pergi rombongan sekolah ke KL. First time gi KL ni adalah sampai ke Zoo, Muzium, lagi ke mana ek ? ada pergi satu tasik tapi x ingat nama tasik tu. Lepas UPSR tunggu je la result dengan hati x berapa nak berdebar lah. Expectation dapat 5A x tercapai, dapat 4A je. Alhamdulillah la, ayah dan mak takdelah kecewa. Ayah nak saya masuk Sekolah Maahad? Oh no !!!!! saya x nak !!! lepas tu apa jadi? kena ke saya masuk sekolah Maahad Agama juga? To be continue...

No comments:

Post a Comment