Thursday, March 20, 2014

Mengejar Impian

Semua orang ada impian hidup. Adakah impian kita berubah2 mengikut peredaran waktu? Apa yang saya impikan sejak bangku sekolah dulu ? Ingin jadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat...insha allah. Semakin meningkat usia, impian itu masih sama, cuma kini lebih fokus.
1. Sentiasa upgrade diri dalam menjalani ibadan dan menimba ilmu akhirat.
2. Ibu dan isteri yg berjaya menjalankan tanggungjawab mengikut ajaran Islam.
3. Berjaya dalam kerjaya ( Kerja & perniagaan ).

Wow....berat tanggungjawab kita sebagai wanita kan. Sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah subhanallahutaala. Janji Allah itu pasti, kita akan dapat ganjaran dari apa yg kita usahakan.

Saturday, December 8, 2012

What am I doing now ??

I started my career in Logistic line in 2004. I was introduce by my sister in law Siti Salmah, thanks to her. Interviewed by MD, Mr Tan Ah Seng, I manage to convince him that I will take all the task given as Project Coordinator as a challenge. 

Here are some photo of project handle by Megalift. We deliver giant and oversize cargo.






Bravo to our operation team to make all this project a success. Semuanya dengan izin Allah.

Sunday, December 2, 2012

Education Background Primary

I am just an ordinary kampung girl, sekolah rendah Di Sek Keb Bagan, di Batu Pahat Johor. Kecil je sekolah ni, satu darjah cuma ada satu kelas. Kawan2 pun jiran2 sekampung. Masa kecil saya tak pandai bergaul sangat. Kawan pertama saya masa darjah 1 namanya Azlinawaty Azmanshah. Sampai sekarang saya masih Keep in touch. Saya kagum dengan kejayaan dia seorang Lecturer English Linguistic di MRSM, Seremban. Dari dulu dia memang minat English. Well done my dear friend.
 Kawan2 lain Zuraini, Fauzana, Norazah, Suhaili, Zain, Md Noor, Mahathir saya contact juga melalui Facebook. Yang paling saya kagumi guru kelas dari Darjah 1 sampai darjah 6, Cikgu Baharom. Masih ingat kami lagi walau dah 24 tahun  kami meninggalkan sekolah rendah. Terima kasih tak terhingga atas jasa cikgu hingga saya menjadi diri saya pada hari ini. Walau saya tak sehebat mana, masih ramai lagi sahabat yang hebat2 belaka di luar sana. Kalau ada kawan2 yang masih simpan gambar kelas sila tag saya di fb ye. I miss you all.
Pendidikan dulu sangat simple seingat saya lah, not so challenging macam budak zaman sekarang. So masa sekolah kami happy je, takdelah Stress sangat macam budak2 zaman sekarang. Subjek yg paling saya dan kawan2 suka PJ dan Seni sebab Cikgu baharom ni sangat kreatif dalam mengajar anak murid, We really had fun.
Dalam kelas Syukur saya antara pelajar cemerlang, tapi ada lagi yang lebih cemerlang dari saya. Saya juga agak aktif dalam Sukan, paling terer lompat tinggi lah sebab jadi johan. Selain tu selalu juga wakil pasukan Merah lari 100m dan 200m. tapi selalu kalah pada Maslina dari kumpulan hijau. Memang laju dia lari, tak tau lah mak dia bagi makan apa agaknya. hi hi
Saya juga masuk pengakap dengan best friend saya Zuraini. Hi hi seronok kan bila dapat pergi perkhemahan, padahal buat kt kawasan sekolah je kot, excited terlebih2 pulak. Aktiviti lain yang masih segar dalam kenangan, pergi rombongan sekolah ke KL. First time gi KL ni adalah sampai ke Zoo, Muzium, lagi ke mana ek ? ada pergi satu tasik tapi x ingat nama tasik tu. Lepas UPSR tunggu je la result dengan hati x berapa nak berdebar lah. Expectation dapat 5A x tercapai, dapat 4A je. Alhamdulillah la, ayah dan mak takdelah kecewa. Ayah nak saya masuk Sekolah Maahad? Oh no !!!!! saya x nak !!! lepas tu apa jadi? kena ke saya masuk sekolah Maahad Agama juga? To be continue...

Who I am....

Assalamualaikum...salam perkenalan untuk semua. Saya wanita bekerjaya yang berusia 36 tahun. A mother to 3 beautiful girls. A wife of a simple and kind hearted man. Dah lama rasanya tergerak hati saya untuk berkongsi pengalaman saya dalam kehidupan sejak saya kecil, sekolah, di universiti , bekerja dan berumahtangga.

5 sebab kenapa saya tulis blog ini:
1. Berkongsi pengalaman suka duka dalam kehidupan , bak kata pepatah sharing is caring.
2. Untuk tatapan semua sahabat, saudara jauh atau dekat supaya mengenali saya dengan lebih dekat ( tak kenal maka tak cinta kan...)
3. Meluahkan isi hati dan lepaskan stress, biasa lah hidup dalam zaman moden serba kejar mengejar masa ni kan kita kena juga cari masa atau kaedah yang boleh hilangkan stress.
4. Memberi pengajaran yang berguna. Apa yang anda rasakan baik boleh dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan (Never ever do it okay!!).
5. Sebab saya suka........bercerita. Kat office memang kawan2 kata saya ni over peramah sebab ada sajae benda saya nak cerita dengan diaorang.

So siapa yang suka, silalah follow blog saya ini.